Filed in Labels: , , , 2 comments
Hi uolls! Kali ni ema nak share skit tentang skrub muka. Ramai yang tak tahu dan ingin tahu, semoga entry kali ni dapat menambahkan ilmu kita semua ;)

Apakah itu skrub muka?
Skrub muka ialah produk untuk membantu kulit menanggalkan sel kulit mati di muka. 

Kenapa perlu skrub muka?
Tujuan utama skrub ialah untuk membantu proses menanggalkan sel kulit mati yang juga seiring dengan proses semulajadi kulit-> ada sel kulit yang akan mati, oleh itu kita membantu kulit kita untuk menanggalkan sel kulit mati tersebut dengan cara berskrub. Skrub dapat membantu menyerlahkan seri kulit agar kelihatan lebih segar, dan muda. 

Kesalahan besar pengguna mengenai skrub muka!
1-Menggunakan skrub terlalu kerap atau menggunakan scrub setiap hari. 
2-Menggunakan skrub dengan cara menyental ke atas kulit dengan kasar. Menyental kulit muka dengan terlalu kuat dengan harapan dapat menyelesaikan masalah kulit (terutama sekali kulit berminyak) adalah salah sama sekali, malah menyental kulit muka dengan kuat akan menyebabkan masalah kulit akan menjadi semakin serius. 

Kebaikkan menggunakan skrub muka.
1-Membantu menanggalkan sel kulit mati dan menjadikan kulit lebih sekata, halus dan segar. Menjadikan kulit lebih bersih. 
2-Membantu kulit yang kusam agar kelihatan lebih berseri
3-Membantu mengecilkan pori muka
4-Mengurankang masalah bintik hitam dan bintik putih
Adakah skrub muka akan menyebabkan kulit muka semakin nipis?
Tidak. Proses skrub muka ini adalah untuk membantu proses semulajadi kulit kita iaitu untuk menanggalkan sel kulit mati. Bagi skrub seperti Beautee Gold Scrub, ia sangat halus dan tidak mengandungi agen yang menghakis kulit. 

Apakah kandungan Beautee Gold Scrub?
Kandungan terpenting di dalam Gold Scrub ni..
Jojoba bead/manik halus: berkesan untuk membersihkan liang roma dan menyingkirkan lebihan sebum/minyak pada muka
Ekstrak timun:melembut, menyegar dan merelakskan kulit
Ekstrak Bear Berry: hypopigmenting component yang membantu mencerahkan kulit, dan merawat tanda-tanda penuaan
Gold: meningkatkan peredaran darah di bahagian muka dan menaikkan seri 
Vitamin E:menganjalkan kulit serta memudarkan parut
Vitamin C: menjadikan kulit lebih cerah dan sebagai agen anti oksidan

Apakah perbezaan antara Beautee Gold Scrub dengan skrub muka yang lain?
Terdapat banyak pilihan dipasaran, tapi ema lebih suka untuk sarankan scrub yang lembut dan ringan seperti Beautee Gold Scrub ni. Manik-manik halus&lembut yang ada di dalam skrub ni dapat membersihkan kulit muka dan menanggalkan sel kulit mati dengan cara membersihkan liang pori. 
klik pada gambar untuk melihat dengan jelas :)

Berbeza dengan sesetengah skrub muka yang kering dan kasar, tidak sesuai untuk kulit muka. Kesan ketara menggunakan skrub muka yang terlalu kasar-> kulit berasa kering dengan segera dan boleh menyebabkan kulit pengelupas akibat terlalu kering. Skrub muka yang terlalu kasar akan merosakkan condition kulit dan tidak akan membantu pengguna untuk mengatasi masalah kulit mereka. 

Bagaimanakah cara yang betul menggunakan skrub muka?
1-Bersihkan muka dengan pencuci muka, bilas bersih dengan air.
2-Letakkan sedikit Beautee Gold Scrub di hujung jari, kemudian urut lembut ke seluruh muka dan leher (yang basah). Elakkan kawasan mata dan bibir. 
3-Basahkan jari dengan sedikit air, urut muka dengan jemari anda tanpa menyental kuat kulit muka. *urut lembut di bahagian tepi hidung (bahagian dmana byk bintik hitam&putih ada)
4-Bilas dengan air sehingga bersih. Keringkan muka dengan tuala muka. 
5-Dapkan toner keseluruh muka dan leher.
6-Sapukan facial ampoule yang bersesuaian dengan kulit anda. 

Berapa kerap boleh gunakan skrub muka?
Untuk kulit berminyak, open pores dan bintik hitam/putih, gunakan 3kali seminggu. Untuk kulit kering dan normal, seminggu sekali adalah memadai. Penggunaan skrub muka setiap hari adalah tidak digalakkan. Penggunaan yang teratur dapat memastikan kulit sihat dan cantik selain dari penggunaan pencuci muka, toner dan ampoule

*insyaAllah next post ema akan share cara uols bole buat scrub muka sendiri di rumah, bahan2 pun mudah je leh cari dalam dapur. So stay tune yeah!
*bagi yang penah dapat & try sample skrub ni mesti da sedia maklum ttg betapa bestnya gold scrub ni :)

Sharing is Sexy!

RSS Digg Twitter StumbleUpon Delicious Technorati

2 comments to “Apa yang perlu tahu tentang Skrub Muka”

Comments
October 4, 2010 at 11:28 PM

wahhh...sblum ni slalu sental kuat skrub mmg igt nak ilang kulit mati kena sental..adess..tima ksh bg info nih bru tau huhu

October 5, 2010 at 10:50 PM

Imheppie: Many thanks dearie.. Sharing is caring :) Hee... sental kuat ni yg nati tua kulit lagi cepat kedut, bwh mata kedut. Kulit berminyak plak jd semakin berminyak.
*Moral of the story; berlemah lembut ler dengan kulit muka. Sbb kulit muka amat lembut, perlu dibelai, usah disental.. :P

Leave a Comment

What say you?

Related Posts with Thumbnails

On Sale!! Emalys offered best quality of BEAUTEE Skin Care Products; Facial Ampoule, 3D Mask, Slimming Product; Slimming Ampoule, wrap, and Skin Supplement, Glowz, Gluta Prime. Happy viewing ya!! Owned by Emalys Concept [SA0134120-V]

Cooperated with www.BeauteeOnline.com. Powered by Blogger.
Pink Fink Best To View With Mozilla. Collaboration with BeauteeOnline