Filed in Labels: , , , , , , , 2 comments
Hai semua! Dah lama ema tak update blog kesayangan ema ni. Sebelum ni ema ada menulis pasal Glutathione, dan hari ni ema nak tulis pasal collagen [Tq atas request, Nadeya Sydney]. Ema akan describe se-simple yang bole, semoga info ni dapat bantu uols tambahkan lagi ilmu kita semua pasal collagen/kolagen :)


1. Apakah itu kolagen?
Kolagen berfungsi sebagai penyokong kepada seluruh tubuh badan kita. Kolagen terdiri dari serat protein yang ada pada kulit, tulang rawan, tulang dan tisu-tisu (juga di dalam kuku dan rambut). Secara kasar, 33% dari protein dalam badan adalah protein collagen, dan  75% kulit terdiri dari kolagen. 


2. Bagaimana kolagen berfungsi?
Sains telah membuktikan bermula usia 25 tahun, kulit kita akan mula kehilangan kolagen secara berperingkat pada kadar 1.5% setiap tahun, dan kita akan kehilangan 50% kolagen (dari usia 25tahun) pada usia 60 tahun. Bermakna, kita akan kehilangan setengah dari kolagen dalam badan bila usia mencecah 60 tahun. Banyak kan? Time tu lah kulit kedut, loose, wrinkle semua ada. 


So, macamana kolagen ni boleh bantu? Ok. Kolagen akan membantu mengurangkan kehilangan kolagen yang ada dengan pengambilan supplement kolagen. Supplement kolagen akan reverse kan proses penuaan dan melambatkan simptom2 ageing. 


Untuk gambaran yang lebih jelas, here ema letakkan gambar ilustrasi struktur kolagen. Gambar kiri adalah ilustrasi kulit yang sehat (time umo 20 gitew). Gambar kanan pula yang da rosak akibat ageing. So, nak memulihkan keadaan kolagen dari gambar ke2 tu jadi macam gambar 1st, perlu ambil kolagen. Sama ada dari makanan harian (buah, sayu, ikan) atau dengan cara supplement. Supplement ni lebih menjadi pilihan, sebab sekarang most of us tersangat bz, dan kadang kala makan pun miss. 





3. Dari mana sumber kolagen? 
Ada byk sumber kolagen, yang kita bole ambil harian. *kalau uols notis, kebanyakkan sumber2 ni sering digunakan dalam kosmetik juga


a.Buahan Bersitrus: Buah dan sayuran bersitrus yang kaya dengan Vitamin C adalah sumber penghasilan kolagen. 
Cth: Orange, lemon, berries, broccoli, soya avocado, zaitun, timun, bayam
b.Sumber Marin: Collagen juga wujud dlm ikan jerung (tp kite tak perlu la makan ikan jerung yeah) *Sbb tu chinese ppl enjoy shark fins soup.  
Cth: Ikan salmon dan tuna (both kaya dengan omega fatty acid), kulit kerang, tulang ikan. 
c.Wild Rose Hips: salah satu pokok yang mengeluarkan hasil Vitamin C yang tinggi, dan bagus untuk production collagen. *memandangkan pokok ni takde ni mesia, wellknow at Sweden je, but Rose hip tablet bole cari di farmasi. 


4. Mengapa supplement kolagen penting?
a.Semakin usia meningkat, pengeluaran kolagen (proses semulajadi) akan menjadi semakin lambat. Sebab tu la jadinya kulit kendur, kedut dan lembik. 
b.Pengambilan makanan harian tidak dapat memenuhi keperluan untuk menghasilkan kolagen (akibat amalan pemakanan tidak seimbang). 
Sebab itulah kita perlukan makanan sampingan untuk meningkatkan kolagen. *Ema selalu remind customer ema, supplement a.k.a makanan sampingan bukan la obat. Ubat=heal sakit. Supplement=mengelakkan sakit, improve life. 


5. Apakah kepentingan supplement kolagen?
a.Membantu melawan penuaan. 
Simptom2 usia meningkat boleh dikurangkan dengan pengambilan kolagen yg kadar tertentu (*Ema akan jelaskan lagi ni, di nombor 6). 
-Kulit: Pengambilan supplement kolagen bukan sahaja menjadikan kulit lembut, memudarkan garis-garis halus, melindungi kulit dari luar malah supplement kolagen membantu mengurangkan selulit, memperbaiki kualiti tidur. 
-Rambut: Jika badan kekurangan kolagen, kita boleh notis rambut akan menjadi kering dan rapuh (mudah gugur, bercabang). Supplement kolagen akan menjadikan rambut lembut dan bersinar, lebih kuat. 
-Gigi/Gusi: Supplement kolagen membantu menguatkan gigi dan mengelakkan masalah gusi kerana kurangnya kolagen. 
-Sendi: Masalah sakit sendi sangat sinonim bila usia makin meningkat, so pengambilan kolagen dapat membantu replace kolagen yang dah hilang, maka kuranglah rasa sakit di bahagian sendi, boleh jalan jauh lagi.


b.Meningkatkan tenaga
Pengambilan supplement sebelum kita buat apa2 aktiviti (best to consume pagi) dapat berikan tenaga kerana supplement kolagen yang diambil lebih berkesan (memberikan tenaga) dari mengambil minuman energy. 


c.Mengelakkan kegemukan
Pengambilan supplement kolagen akan membantu menyimpan lean muscle volume untuk mengelakkan badan kita menyimpan lemak. Dalam jangka masa tertentu, pengguna boleh tengok yang berat badan tidak akan meningkat, seterusnya menangkis spekulasi bahawa kolagen ni akan buat kite rasa makin lapar=mkn byk=gemuk. 


6. Berapa banyak kolagen perlu diambil?
Ramai orang cakap, dah banyak produk kolagen di pasaran, beli saja yang mana2 pun, sama saja. SALAH! Ema setuju, memang semakin banyak produk dipasaran, tapi semuanya tidak sama. *sebab tu lah ada produk murah (berbelas ringgit) dan ada yang beratus malah beribu2 ringgit. Untuk panduan, buatlah research tentang produk yang anda minat, kalau boleh tau jenis dan kandungan kolagen di dalamnya. 
Kolagen tinggi lagi bagus? Ya dan tidak. Ya kolagen yang tinggi, akan beri result yang better. Tidak, jika kolagen nye tinggi tapi kualitinya tak bagus. 


2 produk femes yang ema carry di website dan blog ni -> Glowz dan GloWhite both mantaps yeah. Kandungan kolagennya tinggi dan berkualiti. Plus, kedua produk ni contain glutathione (mencerah, as anti oxidant juga). Best kan! Nak tau pasal produk ni bole baca ..
Glowz Glutathione
GloWhite
*If nak ym ema pun bole, tgok icon YM ema di ujung blog, klik sana k. 


Oh ya! Masker kolagen dan ampoule kolagen pun ada. Itu utk menambahkan lagi keberkesanan pengambilan kolagen. Application dari luar juga penting, jangan anggap supplement sahaja sudah memadai k. 


Ladies..Sememangnya berbaloi spend duit utk produk supplement yang berkualiti. Demi kesihatan dan kecantikan kulit, pengambilan supplement kolagen pada ema adalah tersangat-sangat-teramat priceless! Siapa yang boleh berikan kulit muda, cantik berseri? Tak lain tak bukan, diri kita sendiri perlu berusaha. 
Kita tak boleh stop ageing, tapi at least kita berusaha untuk kurangkan kesannya. Start la dari sekarang, never too late to change ;)


*Ema alu2kan komen anda, if ada soalan yang terdetik nak tanya, drop me a line. Semoga kita semua mendapat manfaat dari ilmu yang dikongsikan.

Sharing is Sexy!

RSS Digg Twitter StumbleUpon Delicious Technorati

2 comments to “Kolagen: Apa itu kolagen/collagen?”

Comments
October 5, 2012 at 6:43 PM

Salam wbt. sy ingin bertanya ada kah kolagen juga boleh dihasil kan dari sumber yg haram. Seperti penggunaan lemak babi?

October 5, 2012 at 7:42 PM

Shanissa: Wsalam.. Ada collagen dari sumber tak halal-> babi. Tp bukan dari lemaknya, dari kulitnya yg dipanggil pig skin hydrolyzed collagen. Kegunaan utk kosmetik, skin care dan supplement. Byk dikeluarkan negara eropah, china, dan korea.
Maka, sblm ambil keputusan utk beli sesuatu produk dgn kolagen pastikan sumber kolagennya dahulu.
*FYI, Glowz mengandungi marine collagen, halal :)

Leave a Comment

What say you?

Related Posts with Thumbnails

On Sale!! Emalys offered best quality of BEAUTEE Skin Care Products; Facial Ampoule, 3D Mask, Slimming Product; Slimming Ampoule, wrap, and Skin Supplement, Glowz, Gluta Prime. Happy viewing ya!! Owned by Emalys Concept [SA0134120-V]

Cooperated with www.BeauteeOnline.com. Powered by Blogger.
Pink Fink Best To View With Mozilla. Collaboration with BeauteeOnline